KhadimulQuran

Wisdom for the Seeker Posts tagged Rintihan

Ya Allah.. Kurasa seakan-akan ingin berputus asa. Putus asa kerana telah mengotori diri ini dengan dosa-dosa, pada setiap hari dan setiap ketika.

Kadang-kadang ujian datang bertimpa-timpa, menekan hebat di jiwa. Sampaikan aku tidak sanggup lagi untuk meneruskan perjuangan ini. Semoga mehnah-Mu itu penghapus dosaku. Mengganti hukuman-Mu terhadapku di akhirat kelak.

Ya Allah.. Pada saat kukenangkan rahmat-Mu, kurasakan diri ini kurang bersyukur. Ya Allah.. Kumohon pada-Mu semoga syukurku ini bertambah.

Ya Allah.. Alangkah susahnya untuk aku mendidik nafsuku. Yang buta akan kebenaran-Mu. Ya Allah.. Bantulah aku dalam mendidik jiwaku ini.

October 11th, 2011 14 notes #Monolog #Munajat #Rintihan #Taubat #Pertolongan #Insaf #Syukur #Didik #Nafsu #Akhirat #Dosa #Kebenaran #Putus Asa #Keampunan

Sujudku menguatkan aku. Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, Allah mendengar setiap rintihan hatiku. Allah mengerti pedih di kalbuku. Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah.

Ya Rabb.. Inginku berteleku panjang dalam sujud ini.. Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati, hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..

Please don’t expect me
to always be good and kind and loving.
There are times when I will be cold
and thoughtless
and hard to understand.

October 11th, 2011 140 notes #Monolog #Munajat #Rintihan