KhadimulQuran

Wisdom for the Seeker Posts tagged Manusia

Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas bumi Allah yang luas, sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang selagi engkau terkurung dalam ruangmu yang sempit itu.

Wahai jiwa yang memilih untuk memperpanjang kesedihan kerana kehilangan sesuatu yang dicintai, sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus tidak akan dapat mengembalikannya kembali.

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas dan merasa tidak terampun, sesungguhnya rahmat Allah itu luas menjangkaui seluruh ciptaan. Kecaplah rahmat tersebut, janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali, sesungguhnya jalan itu banyak, tinggal lagi engkau harus mencari, melangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku, wahai jiwamu, aku ingin berbicara dengan kalian.

Orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih, orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.

Kita bagaimana?


[ Baca selanjutnya di http://musafirperjuangan85.blogspot.com/2012/03/cukuplah-dengan-kesedihan-semalam.html ]

March 29th, 2012 73 notes #Jiwa #Hati #Manusia

Kita selalu fokus kepada apa yang kita mahu, dan berdoa kepada Allah agar diberikan apa yang kita inginkan. Apabila Allah belum makbulkan, yakinlah bahawa Dia lebih tahu.

Bila Allah mencintai kita, Dia akan memberikan apa yang kita perlu, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahu.

Bila Allah tidak memberikan apa yang kita minta, bersabarlah. Bahkan, bergembiralah kerana di sana ada CINTA-NYA.

:)

March 19th, 2012 391 notes #Mahu #Kehendak #Manusia #Hamba #Love

Antara doa untuk merawat jiwa yang sedang berduka.

اللهم اني عبدك ابن عبدك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك اسالك بكل اسم هو لك سميت به نفسك او انزلته في كتابك او علمته احدا من خلقك او استاثرت به في علم الغيب عندك ان تجعل القران العظيم ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب همي وغمي

March 17th, 2012 102 notes #Jiwa #Duka #Rawat #Manusia

Hati kita ini milik Allah. Dan Allah boleh buat apa sahaja padanya sesuka hati Dia.

إِنَّ قَلْبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ ، كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهَا كَيْفَ يَشَاءُ

Justeru, Nabi Muhammad s.a.w. sering berdoa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ ، اصْرِفْ قُلُوبَنَا إِلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu.” (HR. Muslim)

March 17th, 2012 29 notes #Hati #Manusia

Tenang Tegang Silih Berganti Link post

Manusia diciptakan daripada tanah. Apabila kita lapar, kita mencari makanan yang semuanya tumbuh atau keluar daripada tanah. Buah daripada pokok yang tumbuh di atas tanah, nasi daripada padi yang juga daripada tanah, air yang keluar daripada permukaan bumi, dan binatang-binatang yang makan hasil bumi. Dengan memenuhi keperluan tersebut, jasmani kita menjadi tenang.

Jasad kita daripada tanah, maka ia akan menjadi tenang apabila ia kembali kepada tanah.


Baca selanjutnya di http://musafirperjuangan85.blogspot.com/2012/03/tenang-tegang-silih-berganti.html

March 17th, 2012 8 notes #Hati #Manusia

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:

“Tuhan kami adalah Allah”,

kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):

Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”

[41:30]

February 9th, 2012 308 notes #Kehidupan #Dunia #Akhirat #Manusia #Hamba