KhadimulQuran

Wisdom for the Seeker Posts tagged Islam

[Four types of hearts]

Hadhrat Hudhayfah once said, Hearts are of four types;

1. The veiled heart, which is the heart of the Kafir.

2. The two-faced heart, which is the heart of the hypocrite.

3. The clear heart containing a shining lantern, which is the heart of a Mu’min.

4. The heart that contains both hypocrisy and Iman.


**Credit to Islam2011**

April 30th, 2012 192 notes #Iman #Islam #Hypocrisy #Mu'min

Syukuri kehidupan dunia untuk kebahagiaan akhirat.

 

Dugaan dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Ada manusia yang diari hidupnya lancar dan terlalu rutin. Ada juga yang berdepan dengan pelbagai yang tidak putus-putus.

 

Bangun tidur sahaja sudah ada masalah yang menunggu. Sebaik masuk ke pejabat untuk memulakan tugas, sudah ada masalah yang perlu ditangani. Malah, apabila balik ke rumah, pelbagai masalah lagi yang memerlukan perhatian.

 

Orang beriman melihat kehidupan di dunia ini sebagai suatu perjalanan yang jauh menuju ke suatu destinasi iaitu akhirat. Pastinya dalam perjalanan itu ada liku-liku atau cabaran yang perlu ditempuh.

 

Jika mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran tersebut, maka itulah yang menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang kepada Allah.

 

Orang beriman kaya dengan sifat sabar semasa berhadapan dengan ujian yang mendatang. Mereka biasanya mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Kesannya, mereka akan diberi pahala malah nikmat akan digandakan oleh Allah.

 

April 25th, 2012 67 notes #Iman #Islam #Perjalanan #Dunia #Akhirat

Selalu kita mendengar keluhan;

“Mutarabbi ana tu dah bertahun-tahun ikut halaqah masih tak berubah-ubah.”

“Ana tak yakin la dapat bina mutarabbi ana, nampak macam susah je budak tu.”

“ana rasa ana nak give up la dengan mutarabbi ana ni dan tinggalkan dia, dia memang tak ada harapan nak dapat hidayah.”

Siapa kita untuk menentukan siapa yang layak terpilih untuk berada dalam bahtera dakwah?

Siapa kita untuk menidakkan hak seseorang untuk dipimpin sehingga diberi hidayah oleh Allah?

Sungguh, seandainya seseorang itu diberi hidayah atas usahamu, pasti lebih baik daripada dunia dan seisinya. Dan sungguh, jika kita tidak menghargai hidayah yang Allah berikan kepada kita, tak mustahil hati kita juga akan terpaling daripada hidayah.

Wajar, jika mutarabbi yang kita bina tidak memiliki keperibadian Islam yang syumul, kerana sememangnya proses tarbiyah itu yang akan menggilap dan membentuk keperibadiannya.

Namun adalah sesuatu yang tidak wajar bagi seseorang murabbi mematikan harapan dalam memandang perkembangan seseorang mutarabbi.

Bagaimana mungkin kita dapat membina sesuatu yang tidak kita yakini dapat terbina?

Ragu-ragu itu mematikan usaha, melemahkan azam dan cita-cita.

March 3rd, 2012 20 notes #Murabbi #Mutarabbi #Islam #Tarbiyah #Perjuangan