Syukuri kehidupan dunia untuk kebahagiaan akhirat.
Dugaan dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Ada manusia yang diari hidupnya lancar dan terlalu rutin. Ada juga yang berdepan dengan pelbagai yang tidak putus-putus.
Bangun tidur sahaja sudah ada masalah yang menunggu. Sebaik masuk ke pejabat untuk memulakan tugas, sudah ada masalah yang perlu ditangani. Malah, apabila balik ke rumah, pelbagai masalah lagi yang memerlukan perhatian.
Orang beriman melihat kehidupan di dunia ini sebagai suatu perjalanan yang jauh menuju ke suatu destinasi iaitu akhirat. Pastinya dalam perjalanan itu ada liku-liku atau cabaran yang perlu ditempuh.
Jika mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran tersebut, maka itulah yang menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang kepada Allah.
Orang beriman kaya dengan sifat sabar semasa berhadapan dengan ujian yang mendatang. Mereka biasanya mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Kesannya, mereka akan diberi pahala malah nikmat akan digandakan oleh Allah.
April 25th, 2012
67 notes
#Iman
#Islam
#Perjalanan
#Dunia
#Akhirat